Mozilla Firefox
Mozilla Firefox | |
Firefox 4 menunjukkan Wikipedia | |
Pemaju | Mozilla Corporation Mozilla Foundation |
Versi stabil terkini | 4.0 |
---|---|
Tarikh pelancaran versi terkini | Mac 22 2011 |
Versi beta | |
Tarikh pelancaran versi beta | |
Sistem operasi | Rentas-pelantar |
Genre | Pelayar web Pelanggan FTP Pelanggan gopher |
Lesen | MPL/GPL/LGPL/Mozilla EULA |
Laman web | http://www.firefox.com/ http://www.mozilla.com/firefox |
Mozilla Firefox ialah pelayar web percuma dan sumber terbuka yang diturunkan dari Mozilla Application Suite dan diuruskan oleh Mozilla Corporation. Pada Oktober 2010, Firefox ialah pelayar kedua terlaris di dunia dengan 30% usage share of web browsers sedunia.[1][2][3] Firefox menggunakan enjin susun atur Gecko sumber terbuka, yang melaksanakan Web piawai bersama-sama dengan beberapa kandungan tambahan yang dimaksudkan seperti penambahan kepada piawai berkenaan.
Firefox memasukkan pelayan bertab, satu pemeriksa ejaan, carian progresif, penanda buku langsung, satu pengurus muat turun, dan satu sistem carian yang memasukkan Google. Fungsi-fungsi boleh ditambah menerusi lebih daripada 2,000 add-ons yang dicipta oleh pemaju ketiga;[4] Paling popular termasuklah FoxyTunes (mengawal pemain muzik), Adblock Plus (penyekat iklan), StumbleUpon (penemuan laman web), DownThemAll! (fungsi muat turun) dan pemaju Web (peralatan web).[5]
Mozilla Firefox merupakan pelayar platform bersilang yang memberi sokongan kepada berbagai-bagai versi Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Namun begitu, kod sumbernya secara tidak rasminya telah disambungkan kepada sistem operasi lain, termasuk FreeBSD [6], OS/2, Solaris, SkyOS, BeOS dan kini juga Windows XP Professional x64 Edition [7].
Firefox boleh berfungsi di atas platform Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Pelancaran versi stabil terkini adalah versi 3.6.13, yang keluar pada 9 Disember 2010..[8] Kod sumber Firefox ialah perisian percuma yang dikeluarkan di bawah tri-lesen GNU GPL/GNU LGPL/MPL.[9]
Sejarah
Dave Hyatt dan Blake Ross memulakan projek Firefox sebagai cabang eksperimental bagi projek Mozilla. Mereka percaya bahawa keperluan komersial tajaan Netscape dan pembodek ciri-ciri yang dipacu pemaju telah berkompromi dengan utiliti pelayar Mozilla.[10] Bagi menangani apa yang dipandang oleh mereka sebagai pengembungan perisian, mereka mencipta sebuah pelayar web yang lebih ringkas, yang mana mereka berniat untuk menggantikan Mozilla Suite. Pada 3 April 2003, Pertubuhan Mozilla mengumumkan rancangannya untuk mengalihkan tumpuan mereka dari Mozilla Suite ke Firefox dan Thunderbird.[11]
Projek Firefox telah melalui beberapa pengubahan nama. Asalnya dinamakan Phoenix, perisian ini dinamakan semula gara-gara pertembungan tanda dagang dengan Phoenix Technologies. Nama seterusnya, Firebird pula mengungkitkan rasa tidak puas hati projek perisian pangkalan data percuma Firebird.[12][13][14] Selepas itu, Mozilla Foundation menyatakan bahawa perisiannya patut sentiasa memegang nama Mozilla Firebird bagi mengelakkan kekeliruan dengan perisian pangkalan data itu. Tekanan tanpa henti daripada kominiti pembangun server pangkalan data itu memaksa satu lagi penukaran nama; pada 9 Februari 2004, Mozilla Firebird menjadi Mozilla Firefox (Firefox for short).[15]
Projek Firefox telah melalui banyak versi percubaan/beta sebelum terkeluarnya versi 1.0 pada 9 November 2004. Sebagai tambahan kepada pembaikan kestabilan dan keselamatan, Yayasan Mozilla mengeluarkan pengemaskinian pertama kepada Firefox—versi 1.5—pada 29 November 2005. Pada 24 Oktober 2006, Mozilla mengeluarkan Firefox 2 yang merangkumi pengemaskinian kepada persekitaran pelayaran bertab, pengurusan sambungan, GUI, dan enjin carian dan pengemaskinian perisian; satu ciri-ciri pemulihan sesi yang baru; penyemak ejaan; dan satu ciri-ciri anti-phishing yang dilaksanakan oleh Google sebagai satu sambungan[16][17] yang kemudiannya bergabung kepada perisian itu sendiri.[18]
Firefox 3
Mozilla Firefox 3 dikeluarkan pada 17 Jun 2008,[19] oleh Mozilla Corporation. Firefox 3 menggunakan versi 1.9 enjin susun atur Mozilla Gecko untuk memaparkan laman web. Veris baru ini banyak membaiki pepijat, mempertingkatkan kepatuhan pada piawaian, serta melaksanakan API web yang baru.[20] Ciri-ciri lainnya termasuk pengurus muat turun diperbaharui, sistem "Places" baru untuk menyimpan penanda laman dan sejarah, serta tema-tema berasingan untuk sistem pengendalian berlainan. Versi terbaru di bawah 3.0 ialah Firefox 3.0.15.
Pembangunan Firefox 3 bermula dari versi beta pertamaya (bernama kod 'Gran Paradiso'[21]) yang telah dikeluarkan pada 19 November 2007,[22] diikuti beberapa lagi keluaran beta sepanjang musim bunga tahun 2008 sehingga dirasmikan pada bulan Jun.[23] Terdapat 8 juta muat turun unik bagi Firefox 3 pada hari keluarannya, sekaligus mencatat Rekod Dunia Guinness.[24]
Firefox 3.5
Versi 3.5, bernama kod Shiretoko,[25] menambahkan pelbagai ciri-ciri baru pada Firefox. Dari Firefox 3.1, pihak pembangun Mozilla menukar nombor keluarannya kepada 3.5, untuk mencerminkan skop perubahan yang lebih luas daripada yang dirancangkan pada mulanya.[26] Antara perubahannya termasuk prestasi lebih pantas hasil enjin JavaScript baru bernama TraceMonkey serta penambahbaikan paparan[27], serta sokongan untuk tag-tag dan seperti yang ditakrikan dalam spesifikasi HTML 5, yang bermatlamat menyediakan pemainan video tanpa halangan dari masalah paten yang dikaitkan dengan kebanyakan teknologi video.[28] XMLHttpRequest (XHR) merentas laman yang membolehkan aplikasi web lebih berkuasa dan cara yang lebih mudah untuk melaksanakan mashup, turut dilaksanakan dalam 3.5.[29] Objek JSON global baru mengandungi fungsi-fungsi natif untuk mensirikan dan menyahsirikan objek-objek JSON dengan cekap dan selamat, seperti yang ditetapkan oleh rangka ECMAScript 3.1.[30] Sokongan pemilih CSS 3 penuh turut disediakan. Firefox 3.5 menggunakan enjin Gecko 1.9.1 yang merangkumi beberapa ciri-ciri yang tidak disertakan dalam keluaran 3.0. Sokongan multi-touch turut ditambahkan ke dalam keluaran ini, termasuk sokongan gerak isyarat seperti mencubit untuk mengezum dan menggesel untuk bertukar halaman ke belakang atau hadapan.[31] Firefox 3.5 turut ditampilkan dengan logo baru.[32]
Versi 3.6
Versi 3.6 (terkini 3.6.13), atau nama kodnya Namoroka.[33] mulai dibangunkan pada 1 Disember 2008,[34] lalu dikeluarkan pada 21 Januari 2010.[8] Keluaran ini menggunakan enjin susun atur Gecko 1.9.2 yang baru.
Ciri-ciri baru pada Firefox 3.6 termasuk sokongan tersedia untuk Persona (penghias bar alat), pemberitahuan pemalam luput (Pemeriksaan tidak dilakukan dalam tetingkap add-on (tambahan), sebaliknya dalam laman Mozilla), memainkan video Theora secara skrin penuh, sokongan untuk format fon web terbuka WOFF,[35] dan sistem pemalam yang lebih selamat, dan bermacam-macam lagi peningkatan prestasi.[8]
Version 4.0
Dengan nama kod "Tumucumaque", Firefox 4 dikeluarkan pada 22 Mac 2011[36], menampilkan antara muka pengguna yang serba baru.[37] di samping ciri pemberitahuan yang diperbaharui, pengumpulan tag,[38] [39] tab aplikasi, pengurus tambahan yang diperbaharui,[40] penyepaduan dengan Firefox Sync,[41] dan sokongan untuk paparan multitouch.[42]
Firefox 4 berdasarkan enjin Gecko yang menambahkan atau meningkatkan sokongan untuk HTML5,[43]CSS3, WebM, dan WebGL.[44] Selain itu, ia merangkumi enjin JavaScript baru (JägerMonkey)[45] dan API XPCOM yang lebih baik.
Sejarah keluaran
Nama pelayar | Versi Gecko | Versi | Status sokongan | Nama kod | Tarikh keluaran | |
---|---|---|---|---|---|---|
Phoenix | 1.2 | 0.1 | Pescadero | 23 September 2002 | ||
0.2 | Santa Cruz | 1 Oktober 2002 | ||||
0.3 | Lucia | 14 Oktober 2002 | ||||
1.3 | 0.4 | Oceano | 19 Oktober 2002 | |||
0.5 | Naples | 7 Disember 2002 | ||||
Mozilla Firebird | 1.5 | 0.6 | Glendale | 17 Mei 2003 | ||
0.7 | Indio | 15 Oktober 2003 | ||||
Mozilla Firefox | 1.6 | 0.8 | Royal Oak | 9 Februari 2004 | ||
1.7 | 0.9 | One Tree Hill | 15 Jun 2004 | |||
1.0 | Phoenix | 9 November 2004 | ||||
1.8 | 1.5 | Deer Park | 29 November 2005 | |||
Mozilla Firefox 2 | 1.8.1 | 2.0 | Bon Echo | 24 Oktober 2006 | ||
Mozilla Firefox 3 | 1.9 | 3.0[48] | Gran Paradiso | 17 Jun 2008 | ||
Mozilla Firefox 3.5 | 1.9.1 | 3.5[51] | Shiretoko[52] | 30 Jun 2009 | ||
3.5.16 | December 9, 2010 | |||||
Mozilla Firefox 3.6 | 1.9.2 | 3.6 | Namoroka[55] | 21 Januari 2010[8] | ||
3.6.16 | 22 Mac 2011 | |||||
Mozilla Firefox 4 | 2.0[Note 1] | 4.0b10 | Tumucumaque[56] | 22 Mac 2011[57] |
- ↑ Dalam binaan Alpha dan Nightly hingga 28 Jun 2010, versi Gecko berlabel 1.9.3.
Ciri-ciri
- Ciri-ciri terkini[58] termasuk pelayaran bertab, penyemak ejaan, carian progresif, penandaan halaman secara langsung, pengurus muat turun, pelayaran secara rahsia, pelayaran disetempatkan ("geolocation") yang berasaskan perkhidmatan Google[54] dan sistem carian bersepadu yang berasalkan Google di kebanyakan versi tempatan. Banyak lagi fungsi boleh ditambah melalui pelbagai pilihan tambahan rekaan pihak ketiga,[59] yang menarik ramai pengguna Firefox.
- Firefox menyediakan persekitaran untuk pembangun web yang mana terbinanya alat-alat untuk kegunaan mereka, seperti Error Console (Konsol Ralat) atau DOM Inspector, atau sambungan-sambungan seperti Firebug.
Piawaian
Mozilla Firefox banyak melaksanakan piawaian web, termasuk HTML, XML, XHTML, MathML, SVG 1.1 (separa),[60] CSS (with extensions[61]), ECMAScript (JavaScript), DOM, XSLT, XPath, dan imej PNG (animasi) dengan kelutsinaran alfa.[62] Firefox juga melaksanakan cadangan piawaian rekaan WHATWG seperti storan pihak klien,[63][64] dan unsur kanvas.[65]
Keselamatan
Firefox menggunakan model keselamatan "kotak pasir",[66] serta mengehadkan skrip-skrip dari mencapai data dari tapak web lain yang berasaskan dasar asal-usul sama.[67] Firefox menggunakan SSL/TLS untuk melindungi perhubungan dengan pelayan web berlengkapkan kriptografi yang kukuh ketika menggunakan protokol HTTPS.[68] Firefox juga menyediakan sokongan untuk aplikasi web untuk menggunakan kad pintar untuk tujuan pengesahan.[69]
Yayasan Mozilla menawarkan ganjaran besar ("bug bounty") kepada para penyelidik yang menemui kebocoran keselamatan yang teruk di Firefox.[70] Garis panduan rasmi untuk menangani kerentanan keselamatan tidak menggalakkan kerentanan didedahkan terlalu awal untuk menghindari penyerang mengambil kesempatan terhadap kepincangan yang diketahui.[71]
DIsebabkan Firefox kurangnya kerentanan keselamatan serius yang dikenali dan belum ditampal berbanding Internet Explorer, maka ramai yang beralih dari IE ke Firefox demi keselamatan.[72][73][74][75] Akhbar The Washington Post melaporkan kod eksploitasi untuk kerentanan keselamatan kritikal yang belum ditampal di Internet Explorer terbuka selama 284 hari pada tahun 2006, berbanding kod eksploitasi bagi kerentanan keselamatan kritikal di Firefox terbuka selama 9 hari sebelum Mozilla menghantar tampungnya.[76]
Kaji selidik Symantec pada tahun 2006 mendapati bahawa, biarpun Firefox lebih banyak mencatatkan kerentanan yang disahkan oleh penyedia berbanding pelayar lain hingga bulan September tahun itu, namun kerentanan tersebut lebih cepat ditampung berbanding pelayar lain.[77] Symantec kemudian menjelaskan kenyataannya bahawa Firefox masih kurang kerentanan keselamatannya berbanding Internet Explorer, seperti yang dikira oleh pengkaji keselamatan.[78]
Rujukan
- ↑ Global Web Stats. W3Counter (2010-10-31). Retrieved on 2010-11-09.
- ↑ StatCounter Global Stats – Browser, OS, Search Engine including Mobile Market Share. Gs.statcounter.com (2008-07-01). Retrieved on 2010-11-09.
- ↑ Web browsers (Global marketshare)|Clicky. Getclicky.com. Retrieved on 2010-11-09.
- ↑ addons.mozilla.org Browse all Extensions page
- ↑ Most popular Firefox Add Ons. Dicapai 2007-10-30
- ↑ "Firefox - Port details". Freshports.org. http://www.freshports.org/www/firefox/. Diambil 2007-01-24.
- ↑ "Porting from ABI x86-64 assembler to Win64 x86-64 assembler". Mozilla.com. December 22 2006. http://www.mozilla-x86-64.com/archives/2006/12/porting_from_ab.html. Diambil 2007-01-24.
- ↑ 8.0 8.1 8.2 8.3 "Mozilla Firefox 3.6.13 Release Notes". Mozilla. http://www.mozilla.com/firefox/3.6.13/releasenotes/. Diambil 2010-12-09.
- ↑ Mozilla Foundation. "Mozilla Code Licensing". http://www.mozilla.org/MPL/. Diambil 2007-09-17.
- ↑ Goodger, Ben (February 6, 2006). "Where Did Firefox Come From?". Inside Firefox. http://weblogs.mozillazine.org/ben/archives/009698.html. Diambil 2007-01-24.
- ↑ Eich, Brendan; David Hyatt (April 2, 2003). "mozilla development roadmap". mozilla.org. http://www.mozilla.org/roadmap/roadmap-02-Apr-2003.html. Diambil 2007-01-24.
- ↑ "Mozilla browser becomes Firebird". IBPhoenix.com. http://www.ibphoenix.com/main.nfs?a=ibphoenix&page=ibp_Mozilla0. Diambil 2007-01-30.
- ↑ Dahdah, Howard (April 16, 2003). "Mozilla 'dirty deed' brings out a Firey response". LinuxWorld.com.au. http://www.linuxworld.com.au/index.php?id=1031068403. Diambil 2007-01-30. ""This must be one of the dirtiest deeds I've seen in open source so far," said Helen Borrie, a Firebird project administrator and documenter."
- ↑ Festa, Paul (May 6, 2003). "Mozilla's Firebird gets wings clipped". CNET.com. http://news.com.com/2100-1032_3-1000146.html. Diambil 2007-01-30.
- ↑ Festa, Paul (February 9, 2004). "Mozilla holds 'fire' in naming fight". CNET News.com. http://news.com.com/2100-7344-5156101.html. Diambil 2007-01-24.
- ↑ "Google Safe Browsing for Firefox". Google.com. http://www.google.com/tools/firefox/safebrowsing. Diambil 2007-02-05.
- ↑ Mozilla.org wiki contributors. "Phishing Protection Design Documentation - Background". Mozilla.org wiki. http://wiki.mozilla.org/index.php?title=Phishing_Protection:_Design_Documentation&oldid=46996#Background. Diambil 2007-01-24.
- ↑ "Mozilla Firefox 2 Release Notes". Mozilla Corporation. http://www.mozilla.com/en-US/firefox/2.0/releasenotes/. Diambil 2006-12-19.
- ↑ "Firefox 3 available today at 17:00 UTC (10am PDT)". Mozilla Developer Center. 2008-06-17. https://developer.mozilla.org/devnews/index.php/2008/06/17/firefox-3-available-today-at-1700-utc-10am-pdt/. Diambil 2008-02-17.
- ↑ "Firefox 3 for developers". Mozilla Developer Center. 2007-07-17. https://developer.mozilla.org/en/Firefox_3_for_developers. Diambil 2007-07-17.
- ↑ Vukicevic, Vladimir (June 2, 2006). "Gecko 1.9/Firefox 3 ("Gran Paradiso") Planning Meeting, Wednesday Jun 7, 11:00 am". Google Groups: mozilla.dev.planning. http://groups.google.com/group/mozilla.dev.planning/browse_thread/thread/c73f6a1c25e8e7b0/b714ca46975f0109#b714ca46975f0109. Diambil 2006-09-17.
- ↑ Mike Beltzner. "Firefox 3 Beta 1 now available for download". Mozilla Developer News. https://developer.mozilla.org/devnews/index.php/2007/11/19/firefox-3-beta-1-now-available-for-download/.
- ↑ Mike Beltzner. "Firefox 3 Beta 2 now available for download". Mozilla Developer News. https://developer.mozilla.org/devnews/index.php/2007/12/18/firefox-3-beta-2-now-available-for-download/. Diambil 2007-12-20.
- ↑ Montalbano, Elizabeth (2008-06-18). "Mozilla Logs 8 Million-plus Firefox 3 Downloads in a Day". PCWorld. http://www.pcworld.com/businesscenter/article/147256/mozilla_logs_8_millionplus_firefox_3_downloads_in_a_day.html. Diambil 2009-04-30. Lihat juga: Montalbano, Elizabeth (2008-05-28). "Mozilla Shooting for Record Books With Firefox 3 Release". PCWorld. http://www.pcworld.com/businesscenter/article/146405/mozilla_shooting_for_record_books_with_firefox_3_release.html. Diambil 2009-04-30.
- ↑ "Firefox 3.1 "Shiretoko"". 2008-06-12. https://wiki.mozilla.org/Firefox3.1. Diambil 2008-06-12.
- ↑ Mike Shaver (March 6th, 2009). "Shiretoko (Firefox 3.1) being renamed to Firefox 3.5". mozilla.dev.planning. (Google Groups).
- ↑ Scott M. Fulton, III (2009-07-01). "The final score: Firefox 3.5 performs at 251% the speed of 3.0". Betanews. http://www.betanews.com/article/The-final-score-Firefox-35-performs-at-251-the-speed-of-30/1246470925. Diambil 2009-10-13.
- ↑ Dan Warne (2007-05-07). "Firefox to go head-to-head with Flash and Silverlight". APC Magazine. ACP Magazines Ltd. http://apcmag.com/firefox_to_go_headtohead_with_flash_and_silverlight.htm. Diambil 2008-01-18.
- ↑ "HTTP Access Control". 2009-06-29. https://developer.mozilla.org/En/HTTP_Access_Control. Diambil 2009-07-01.
- ↑ "es3.1:json_support". ECMA. http://wiki.ecmascript.org/doku.php?id=es3.1:json_support.
- ↑ Kim, Arnold (2008-12-10). "Latest Firefox 3.1 Beta Adds Multi-Touch Support". Macrumors.com. http://www.macrumors.com/2008/12/10/latest-firefox-3-1-beta-adds-multi-touch-support/. Diambil 2009-01-17.
- ↑ Alex Faaborg (2009-05-15). "Creative Brief for the New Firefox Icon". http://blog.mozilla.com/faaborg/2009/05/15/creative-brief-for-the-new-firefox-icon/. Diambil 2009-05-30.
- ↑ "Namoroka". Mozilla. August 8, 2009. https://wiki.mozilla.org/Firefox/Namoroka#Namoroka. Diambil 2009-08-14.
- ↑ Alfred Kayser (2008-12-01). First step to Firefox 3.2: Alpha 1 is here. Mozilla Links. http://forums.mozillazine.org/viewtopic.php?f=18&t=975065&p=5127635. Diambil 2008-12-01
- ↑ Blizzard, Christopher (2009-10-20). "Web Open Font Format for Firefox 3.6". Hacks.mozilla.org. http://hacks.mozilla.org/2009/10/woff/. Diambil 2009-12-19.
- ↑ http://www.conceivablytech.com/6252/products/mozilla-to-ship-firefox-4-final-on-march-22
- ↑ "Mozilla spills plan for, yes, Firefox 4". The Register. 2010-05-10. http://www.theregister.co.uk/2010/05/10/firefox_4_dot_o_plan/. Diambil 2010-05-10.
- ↑ "What are Tab Groups?". http://support.mozilla.com/en-US/kb/what-are-tab-groups.
- ↑ Aza Raskin. "Firefox Panorama: Tab Candy Evolved". http://www.azarask.in/blog/post/designing-tab-candy/. Diambil 2010-09-11.
- ↑ Stephen Shankland (2010-05-11). "Firefox 4 release plan: The need for speed". cnet. http://news.cnet.com/8301-30685_3-20004620-264.html. Diambil 2010-05-28.
- ↑ "Sync in Firefox 4 Beta". Mozilla Labs. 2010-08-24. http://mozillalabs.com/sync/2010/08/24/sync-in-firefox-4-beta/. Diambil 2010-09-11.
- ↑ Stephen Shankland (2010-05-28). "Mozilla prepares coders for Firefox 4 features". cnet. http://news.cnet.com/8301-30685_3-20006239-264.html. Diambil 2010-05-28.
- ↑ Henri Sivonen (2010-05-11). "Firefox 4 HTML 5 parser". http://hacks.mozilla.org/2010/05/firefox-4-the-html5-parser-inline-svg-speed-and-more/. Diambil 2010-05-11.
- ↑ Beltzner, Mike (2010-05-10). "Firefox 4: fast, powerful, and empowering". http://beltzner.ca/mike/2010/05/10/firefox-4-fast-powerful-and-empowering/. Diambil 2010-05-10.
- ↑ Christopher Blizzard (2010-03-08). "a quick note on JavaScript engine components". http://hacks.mozilla.org/2010/03/a-quick-note-on-javascript-engine-components/. Diambil 2010-03-19.
- ↑ "Phoenix 0.1 (Pescadero) Release Notes and FAQ". Mozilla. http://www.mozilla.com/firefox/releases/0.1.html. Diambil 2008-07-01.
- ↑ "Phishing Protection". Mozilla Corp. http://www.mozilla.com/firefox/phishing-protection/firefox2/. Diambil 2009-07-05.
- ↑ "Coming Tuesday, June 17: Firefox 3". Mozilla Developer News. https://developer.mozilla.org/devnews/index.php/2008/06/11/coming-tuesday-june-17th-firefox-3/.
- ↑ "Firefox 3 System Requirements". Mozilla Wiki. https://wiki.mozilla.org/Firefox3/Firefox_Requirements#System_Requirements. Diambil 2009-06-24.
- ↑ Ralat petik: Tag
tidak sah; teks bagi rujukan
mozcomphishff3
tidak disediakan - ↑ "Firefox 3.1 targeted for year’s end". Mozilla Links. http://mozillalinks.org/wp/2008/05/firefox-31-targeted-for-years-end/. Diambil 2009-06-30.
- ↑ "3.5 Firefox3.5". Mozilla Wiki. https://wiki.mozilla.org/Firefox 3.5. Diambil 2009-06-30.
- ↑ Firefox web browser | Help us test the latest beta
- ↑ Ralat petik: Tag
tidak sah; teks bagi rujukan
mozgeo
tidak disediakan - ↑ "Firefox/Namoroka". Mozilla Wiki. https://wiki.mozilla.org/Firefox/Namoroka. Diambil 2009-06-24.
- ↑ "Tumucumaque Park". Mozilla.org. http://www.mozilla.org/parks/tumucumaque/. Diambil 2010-11-28.
- ↑ "Mozilla Firefox 4 RC 2 Release Notes". Mozilla.org. http://www.mozilla.com/en-US/firefox/4.0rc2/releasenotes/. Diambil 2011-03-18.
- ↑ Ralat petik: Tag
tidak sah; teks bagi rujukan
Latest_Firefox.E2.80.99s_Feature-Pack
tidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
tidak sah; teks bagi rujukan
mozilla1
tidak disediakan - ↑ "SVG in Firefox". https://developer.mozilla.org/en/SVG_in_Firefox. Diambil 2007-09-30.
- ↑ CSS Reference:Mozilla Extensions - MDC
- ↑ Mozilla Developer Center contributors (2007-01-21). "Which open standards is the Gecko development project working to support, and to what extent does it support them?". Gecko FAQ. mozilla developer center. https://developer.mozilla.org/en/Gecko_FAQ. Diambil 2007-01-24.
- ↑ "WHATWG specification - Web Applications 1.0 - Working Draft. Client-side session and persistent storage". WHATWG.org. 2007-02-07. http://www.whatwg.org/specs/web-apps/current-work/#storage. Diambil 2007-02-07.
- ↑ Mozilla Developer Center contributors (2007-09-30). "DOM:Storage". Mozilla Developer Center. https://developer.mozilla.org/en/DOM/Storage. Diambil 2007-02-07.
- ↑ Dumbill, Edd (2005-12-06). "The future of HTML, Part 1: WHATWG". IBM. http://www.ibm.com/developerworks/xml/library/x-futhtml1/. Diambil 2007-01-24.
- ↑ Ranganathan, Arun; Netscape Communications (2002-11-11). "Bypassing Security Restrictions and Signing Code". mozilla developer center. https://developer.mozilla.org/en/Bypassing_Security_Restrictions_and_Signing_Code. Diambil 2007-01-24.
- ↑ "The Same Origin Policy". mozilla.org. 2001-06-08. https://developer.mozilla.org/En/Same_origin_policy_for_JavaScript. Diambil 2007-11-12.
- ↑ "Privacy & Security Preferences - SSL". mozilla.org. 2001-08-31. http://www.mozilla.org/projects/security/pki/psm/help_21/ssl_help.html. Diambil 2007-01-24.
- ↑ Developer documentation on using PKCS#11 modules (primarily smart cards) for cryptographic purposes
- ↑ "Mozilla Security Bug Bounty Program". mozilla.org. 2004-09-03. http://www.mozilla.org/security/bug-bounty.html. Diambil 2007-11-21.
- ↑ "Handling Mozilla Security Bugs". mozilla.org. 2003-02-11. http://www.mozilla.org/projects/security/security-bugs-policy.html. Diambil 2007-01-24.
- ↑ Mossberg, Walter S. (2004-09-16). "How to Protect Yourself From Vandals, Viruses If You Use Windows". Wall Street Journal. Archived from the original on February 21, 2007. http://web.archive.org/web/20070221061526/http://ptech.wsj.com/archive/ptech-20040916.html. Diambil 2006-10-17. "I suggest dumping Microsoft's Internet Explorer Web browser, which has a history of security breaches. I recommend instead Mozilla Firefox, which is free at www.mozilla.org. It's not only more secure but also more modern and advanced, with tabbed browsing, which allows multiple pages to be open on one screen, and a better pop-up ad blocker than the belated one Microsoft recently added to IE."
- ↑ Granneman, Scott (2004-06-17). "Time to Dump Internet Explorer". SecurityFocus. http://www.securityfocus.com/columnists/249. Diambil 2007-01-24.
- ↑ Costa, Dan; Scott Vamosi (2005-03-24). "CNET editors' review". CNET Reviews. http://reviews.cnet.com/browsers/mozilla-firefox/4505-3514_7-31117280.html?tag=nav. Diambil 2007-01-24.
- ↑ Boutin, Paul (2004-06-30). "Are the Browser Wars Back?". Slate. http://www.slate.com/id/2103152. Diambil 2007-01-24.
- ↑ Krebs, Brian (2007-01-04). "Internet Explorer Unsafe for 284 Days in 2006". washingtonpost.com. http://blog.washingtonpost.com/securityfix/2007/01/internet_explorer_unsafe_for_2.html. Diambil 2007-01-24.
- ↑ Keizer, Gregg (2006-09-25). "Firefox Sports More Bugs, But IE Takes 9 Times Longer To Patch". TechWeb.com. Archived from the original on 2008-02-07. http://web.archive.org/web/20080207192416/http://www.techweb.com/wire/security/193005335. Diambil 2007-01-24.
- ↑ McMillan, Robert (2006-03-07). "Symantec adjusts browser bug count". InfoWorld. http://www.infoworld.com/d/security-central/symantec-adjusts-browser-bug-count-096. Diambil 2007-01-24.
Bacaan lanjut
- Granneman, Scott (2005). Don't Click on the Blue e!: Switching to Firefox, O'Reilly. ISBN 0-596-00939-9.
- Hofmann, Chris; Marcia Knous, & John Hedtke (2005). Firefox and Thunderbird Garage, Prentice Hall PTR. ISBN 0-13-187004-1.
- McFarlane, Nigel (2005). Firefox Hacks, O'Reilly. ISBN 0-596-00928-3.
- Reyes, Mel (2005). Hacking Firefox: More Than 150 Hacks, Mods, and Customizations, Wiley. ISBN 0-7645-9650-0.
- Ross, Blake (2006). Firefox for Dummies, Wiley. ISBN 0-471-74899-4.
- Yeow, Cheah Chu (2005). Firefox Secrets: A Need-To-Know Guide, O'Reilly. ISBN 0-9752402-4-2.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Mozilla Firefox |
- Mozilla Firefox homepage for end-users and MozillaWiki.
- Mozilla Firefox project page for developers
- Mozilla EULA
- Firefox changelogs
- Spread Firefox – The center for Firefox marketing
Tidak ada komentar:
Posting Komentar